maaf video banyak gelap. biasa lah lighting tak bagos.
tapi masa kitorang pergi sini , memang majoriti nampak atau ada yang kena kacau. aku cerita semua.
selepas habis menjelajahi rumah ini , kami bersebelas pergi ke restoran mamak yang terdekat untuk bercerita pengalaman masing-masing malam itu.
cerita mary - dia nampak masa mula-mula sampai , dekat atas bumbung rumah , ada lembaga hitam tengah tengok kitorang.
cerita seyza - dia nampak macam ada lembaga berlari datang ke arah kitorang masa nak masok pintu gerbang. lepas itu , sebaik kami masok pintu gerbang , dia dengan wanie nampak dekat tepi pintu gerbang. lembaga hitam yang sama.
cerita wanie - dia nampak apa yang seyza nampak.
cerita moja - moja tak nampak apa-apa.
cerita muaz - dia pon tak nampak apa-apa.
cerita nadjmee - dia nampak si saidi dengan wanie 2 kali masa naik tangga. ada jelmaan.
cerita saidi - seingat aku dia tak nampak apa-apa kot. tapi dia tak nak masok pada mulanya.
cerita KZ - dia paling banyak nampak. sebab dia memang jenis yang boleh nampak makhluk halus. dia cakap , ada budak kecik dari mula sampai habis , pegang baju alep. tarik-tarik baju alep. lepas tu , masa kat atas , kat bumbung ada 3 ekor lembaga , yang memang memandang tajam ke arah kami. yang paling takot , dia duduk second last dalam trip ini , shy last. tapi kami semua nampak tangan dia macam tengah pegang tangan orang. padahal , shy tak pegang tangan dia pon. tapi dia cakap , memang ada orang belakang dia pegang tangan dia. scaryyyy siott.
cerita alep - masa shooting penutup video ni , dia tengok dalam kamera , takde apa-apa. tapi bila dia jeling dekat kami , dia nampak ada benda ni , muka scary gila tengah pandang kamera.
cerita shy - selain nampak jelmaan wanie dengan KZ masa dekat tangga , dia nampak jelmaan mereka masa nak masok bilik utama kat atas. siap lalu depan dia lagi. lepas itu dia nampak kat dapur. yang paling dia nampak , masa kami nak balik , dia nampak dekat depan rumah ada lembaga putih berdiri tegak.
cerita elmi - dia hanya nampak masa dekat ruang tamu tingkat atas. nampak batu nisan bersalut kain putih. sekali pandang ada , lepas tu takde dah. masa balik , dia pandu kereta yang last , dia dengan shy. radio kereta kena main , kejap on , kejap off. lepas tu tanak on. lepas tu ada dengar bunyi benda ikot sampai jalan besar. dia dengan shy nampak dekat kereta myvi wanie , ada benda terbang. lepas benda tu terbang , bunyi hilang. dia gigil masa drive kereta. cermin sisi semua dia tutup. dia kan penakot.
scary kan? kat dalam video ni , kalau dekat kamera , babak last , boleh nampak ada makhluk muka scary gilaaa. tapi bila masok dalam pc , tak nampak. hanya siapa yang ada masa tu je dapat pengalaman ini. takot tapi best.