CAMNI CAP EHH !: 2009

Monday, October 26, 2009

REMAJA REMAJA !!


haaa inilah dia rakaman yang menjadi kebanggaan kami berdua. saja upload incase ada yang terlepas nak tonton. :)

thanks team Remaja terutamanya Azura dan Aida.

tak lupa juga kepada Noh , Dimas dan Izzat Hujan yang sudi menjadi antara penonton hari tersebut. gilalah ! :D

maaf video tak habes. HAHA

Friday, October 16, 2009

brand new montage and a bonus footage. for you.

okay. no new episode. just a brand new opening montage for CCE. walaweii ! *poyo kejap*

okay first of all , thanks to Noh Hujan for the CCE's official song. thanks to all the bands and all the people who were involved in this so called Video Show. thanks to the crew. and thanks to our family. and not to forget , thanks to our followers. each one of you. without you , CCE is nothing. really.

thanks. thanks. thanks.

do wait for our next episode. still lot more to come.

just for you , this is clip that never shown before. first ever CCE's footage. this is how CCE was formed. spontan habes. haha enjoy. :)

Friday, October 9, 2009

Close Up : JOANNA & CO.

kali ini team CCE bersama dengan band yang kini sedang popular dengan lagu Lutsinar , Joanna & Co.

tak nak banyak cakap , korang enjoy je lah close up dorang ni.


Thursday, October 1, 2009

elmi berlakon ?

elmi yang korang duk selalu tengok mengacara CCE ni , lepas tu duk mengarah video macam-macam , sekarang ni dah pandai berlakon pulak. fuh !

kalau shy berlakon iklan aidilfitri astro , elmi ni pulak berlakon short film je. berlakon kecik-kecik. HAHA

jom jom tengok la tak payah panjang cerita. :)

CAMNI CAP EHH : RAYA !

hah inilah dia episod RAYA. mula-mula nak terjah kampung kawan kitorang. ingat nak buat malam raya , tapi itulah dia , tak berkesempatan. jadi kitorang buatlah open house untuk buat episod RAYA ni haaa. so enjoy ya ? :D


Thursday, September 24, 2009

suasana hari raya. khas untuk korang !

something nice from us to our followers.

raya-raya ni , tak dapat bagi duit raya , dapat main lagu raya untuk korang pon jadi laaa. kan ?

:)

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri !!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !
MAAF ZAHIR BATIN !!

jangan lupa tengok REMAJA RAYA di TV3 pada 3 Oktober 2009 jam 1 tengahari. CAMNI CAP EHH masok TV ! woooooooot wooooooooooooooooooot !!

Thursday, September 3, 2009

CAMNI CAP EHH : Kami Busy !

ini episod mengenai malam merdeka kami yang padat dengan jadual menghadiri dua stesen televisyen terkemuka negara. rakaman hari raya untuk REMAJA TV3 dan juga program secara langsong 8TV Quickie.


ini adalah video ihsan dari 8TV. sedutan Elmi CAMNI CAP EHH di interview Quickie.

Tuesday, September 1, 2009

Satu Remaja Satu MALAYSIA

This video is dedicated solely for the sake of our beloved Malaysia. We want to show our love for Malaysia , even though we do not have the budget , the equipment , in fact this video can be considered as an amateur piece of work. It is because the editor is not a mass communication student. The editor who is also the director , proved that we do not have sufficient finances. The camera that we use is also not for the professional kind of job. In the nutshell , we wanted to show that teenagers in Malaysia appreciated the Independence that we achieved for fifty-two years. MERDEKA !

and this video had won the Homegrown MERDEKA short film competition 2009. and this video had been shown nationwide on Quickie 8TV ! gila kool.

thanks everybody who involved in this project. and we will make sure that there's more to come !

CAMNI CAP EHH !!

Sunday, August 23, 2009

The Making Of 'Satu Remaja Satu MALAYSIA'.

NANTIKAN kemunculan 'Satu Remaja Satu MALAYSIA' pada 31 Ogos ini di http://camni-cap-ehh.blogspot.com/ .

thanks kepada semua yang terlibat. didepan kaca kamera dan juga dibalik tabir. THANKS !!

enjoy. :)

Friday, August 21, 2009

CAMNI CAP EHH : Opening Montage.

sudah hampir setahun usia CAMNI CAP EHH!! , akhirnya kami ada lagu sendiri. ciptaan Noh Hujan. semua cakap 'Terima Kasih Noh !!'.

dan dengan adanya lagu sendiri , kami pon berjaya dengan jayanya ada Opening Montage. kira macam kalau masok tv nanti , setiap sebelum start episod je , keluar la benda ni.

best tak best tak ? :p

Saturday, August 15, 2009

Wani Ardy - Stamp Collector

kita layan lagu dari Wani Ardy hari ini. akibat CAMNI CAP EHH ketandusan episod baru , kami persembahkan sebuah lagu dari kak wani [panggilan kami berdua kepada Wani Ardy] yang bertajuk Stamp Collector. masa video ini dirakamkan , kak wani first time perform lagu ini di Rantai 2008.

masa inilah titik perkenalan kami dengan kak wani. masa ini kami malu-malu. tapi percaya atau tidak , kak wani la yang banyak memberi peluang kepada kami berdua. kak wani ini semacam batu loncatan kepada kami berdua la kiranya. jadi , mari ramai-ramai cakap 'Terima Kasih Kak Wani'.

tanpa kak wani , siapalah kami. orang first yang kami interview pon kak wani. CAMNI CAP EHH paling banyak dengan kak wani la. episod 3R pon dengan kak wani. episod Bintang Jatuh memang sah sah kak wani. episod Tribute To Captain G pon dengan kak wani juga.

kak wani memang AWESOME lahh !

Saturday, August 8, 2009

Malam Sepi.


memandangkan kami tiada episod baru akibat kesibukan jadual masing-masing. kami persembahkan sebuah iklan peringatan kepada semua , MALAM SEPI. enjoy !


Thursday, July 2, 2009

CAMNI CAP EHH :Captain G's Farewell Party.

episod kali ini , kami close up event mengucapkan selamat tinggal kepada vokalis Captain G. beliau telah pon terbang melanjutkan pengajian beliau di UK. event ini kira macam showcase terakhir Captain G sebelum beliau pergi belajar.

kami pernah close up mereka sebelum ini , jadi kitorang macam tidak teragak-agak untuk datang ke majlis ini. good luck diucapkan kepada Captain G dan Falai terutamanya. :)

so enjoy !


Wednesday, June 24, 2009

Rockaway 2009 !

episod paling pendek CAMNI CAP EHH ! layan je ahhh !

Saturday, June 13, 2009

Bintang Jatuh '09 : 3 Venus !

ini dia episod CAMNI CAP EHH ! Bintang Jatuh 09 : 3 Venus. layan saja !!








fynn jamal - cinta disampahkan versi 2009

Saturday, May 30, 2009

3R - Wisel Untuk Wanita !

kami sudah masok Season Three. dimana tidak lagi dalam kongkongan mana-mana institusi pengajian tinggi. kami akan all out insyaAllah. ini episod pertama season three. cewah , macam apa je ada season season. haha

Thursday, May 28, 2009

Episod Khas : Persediaan Bintang Jatuh '09 !

okey , ini episod special sempena Hari Bintang Jatuh '09 : 3 Venus ! yang bakal berlangsung ahad ini. terima kasih kepada Along sebab sudi uploadkan video ini di youtube.




p/s : incik Shy akan menjadi host di event tersebut ! so NANTIKAN !!

Monday, May 25, 2009

MCPA : Indie Goodness !

gig ini terjadi pertengahan bulan mac. sekarang sudah hujung mei. harap maaf. kami busy dengan exam. :)




Saturday, May 23, 2009

pesawat - mirage

ini kami buat sebab kami nak masok pertandingan. kecik-kecik saja. untuk pass free untuk launch video clip pesawat nanti. haha enjoy ya?


Thursday, April 30, 2009

Episod : BBQ Party , Port Dickson !!

ingat tak , lebih kurang dua bulan lepas , Bulan Community ada buat BBQ Party dekat Port Dickson? haaa ini lah dia. dah basi dah pon. nak buat macam mana. busy la katakan. :D enjoy okay guys?


Friday, April 10, 2009

Close Up : Awanband !




terima kasih ceghap sebab jadi cameraman bidan terjun malam itu.
terima kasih Awanband sebab sudi perform satu lagu untuk kitorang.
yeahhh !!

Sunday, April 5, 2009

Penang Last Part !!! good bye Penang.

ini last part dari 9 part CAMNI CAP EHH PENANG. kami tahu anda busan dan tak sabarrr untuk episod yang lain.



episod seterusnya : CAMNI CAP EHH UPTOWN DANAU KOTA ! [nantikannnn !!]

Saturday, April 4, 2009

Confession About Penang !




nantikan last part of CAMNI CAP EHH Penang lepas ini. (:

Monday, March 30, 2009

Penang Part Six.


maaf terlampau banyak parts. mesti korang semua macam dah bosan dengan episod ini. lepas tu korang mesti dah tak sabar nak tunggu episod lain lain kan? bawak bersabar dan NANTIKAN !!

Friday, March 20, 2009

anti carut dua !

di atas permintaan ramai , akhirnya elmi dianticarutkan. yeah !


Sunday, March 15, 2009

Penang Part Three.



dalam part tiga ini ada interview dengan julie goes overseas dan bunkface.
enjoy !

Tuesday, March 3, 2009

Anti Carut , CAMNI CAP EHH !



haaaa inilah dia game anti carut. game wajib bagi bulan community. jadi kalau lepak dengan kitorang , bersiap sedialah untuk menyahut cabaran ini !


gaya encik shy menelan limau


incik emon menyesal mencarut !


siap kena suap ! how sweeeeeeeeeet.


tulah paan , suka naa mencarut. kan dah !


capyq melaksanakan denda.

Monday, March 2, 2009

Episod 7 : Penang !

video telah selesai di upload di youtube. tapi masih di privatekan. kami akan publish satu demi satu part demi mewujudkan rasa ternanti-nanti semua pihak. juga untuk memenuhi kehendak pihak atasan. terima kasih.

selamat menonton !


part satu : perjalanan shy dan rakan-rakan ke Penang.

Saturday, February 28, 2009

SELENGE !





ini dia hasil kerja tangan aku dan sahabat-sahabat aku. kepingan filem pendek pertama Bulan Community. memang buruk segala-galanya. maklumlah , buat pon untuk suka-suka , tak ada kerja. tunggu lah karya seterusnya yang mungkin lebih hebat. InsyaAllah.

Bulan Community dan CAMNI CAP EHH!! melangkah satu langkah lagi kehadapan. nanti nak buat production house. boleh buat video clip orang , buat banyak-banyak filem pendek. yang lebih berkualiti , lebih hebat jalan cerita , mutu lakonan lebih handsome. HAHA !

sila berikan komen anda yang jujur. terima kasih daun keladi.

Elmi - Pengarah , Idea Asal , Pelakon Tambahan , Editing
Shy - Penolong Pengarah , Idea Asal , Pelakon Tambahan
Alip - Penolong Pengarah , Jurukamera , Jalan Cerita
Moja - Si Mamat Selenge
Nadjmee - Si Pencopek Gigit Duit
Seyza - Si Gadis Kehilangan Handbag
Miraj - Mamat Pengsan
Asrol - Mamat Yang Jatuh
Ikma - Punca Segalanya
Funny Guy - Abang Garang
Nani - Pelakon Tambahan
Geema - Gadis PSP
Muaz - Abang Blurr

Wednesday, February 25, 2009

CAMNI CAP EHH's 2nd Version Teaser.



kepada makhluk-makhluk bulan serta rakan-rakan. tolong promote boleh teaser ni dekat blog anda. dekat myspace anda. pleaseeee. terima kasih.

Saturday, February 21, 2009

Wednesday, February 18, 2009

trailer filem pendek 'Selenge'.



ini trailer filem pendek saja-saja kami buat. kami kan takde kerja. suka buat benda merepek untuk menghiburkan hati yang busan. :) nantikan kemunculannya minggu hadapan !!

Monday, February 16, 2009

Seekers.



maaf video banyak gelap. biasa lah lighting tak bagos.

tapi masa kitorang pergi sini , memang majoriti nampak atau ada yang kena kacau. aku cerita semua.

selepas habis menjelajahi rumah ini , kami bersebelas pergi ke restoran mamak yang terdekat untuk bercerita pengalaman masing-masing malam itu.

cerita mary - dia nampak masa mula-mula sampai , dekat atas bumbung rumah , ada lembaga hitam tengah tengok kitorang.

cerita seyza - dia nampak macam ada lembaga berlari datang ke arah kitorang masa nak masok pintu gerbang. lepas itu , sebaik kami masok pintu gerbang , dia dengan wanie nampak dekat tepi pintu gerbang. lembaga hitam yang sama.

cerita wanie - dia nampak apa yang seyza nampak.

cerita moja - moja tak nampak apa-apa.

cerita muaz - dia pon tak nampak apa-apa.

cerita nadjmee - dia nampak si saidi dengan wanie 2 kali masa naik tangga. ada jelmaan.

cerita saidi - seingat aku dia tak nampak apa-apa kot. tapi dia tak nak masok pada mulanya.

cerita KZ - dia paling banyak nampak. sebab dia memang jenis yang boleh nampak makhluk halus. dia cakap , ada budak kecik dari mula sampai habis , pegang baju alep. tarik-tarik baju alep. lepas tu , masa kat atas , kat bumbung ada 3 ekor lembaga , yang memang memandang tajam ke arah kami. yang paling takot , dia duduk second last dalam trip ini , shy last. tapi kami semua nampak tangan dia macam tengah pegang tangan orang. padahal , shy tak pegang tangan dia pon. tapi dia cakap , memang ada orang belakang dia pegang tangan dia. scaryyyy siott.

cerita alep - masa shooting penutup video ni , dia tengok dalam kamera , takde apa-apa. tapi bila dia jeling dekat kami , dia nampak ada benda ni , muka scary gila tengah pandang kamera.

cerita shy - selain nampak jelmaan wanie dengan KZ masa dekat tangga , dia nampak jelmaan mereka masa nak masok bilik utama kat atas. siap lalu depan dia lagi. lepas itu dia nampak kat dapur. yang paling dia nampak , masa kami nak balik , dia nampak dekat depan rumah ada lembaga putih berdiri tegak.

cerita elmi - dia hanya nampak masa dekat ruang tamu tingkat atas. nampak batu nisan bersalut kain putih. sekali pandang ada , lepas tu takde dah. masa balik , dia pandu kereta yang last , dia dengan shy. radio kereta kena main , kejap on , kejap off. lepas tu tanak on. lepas tu ada dengar bunyi benda ikot sampai jalan besar. dia dengan shy nampak dekat kereta myvi wanie , ada benda terbang. lepas benda tu terbang , bunyi hilang. dia gigil masa drive kereta. cermin sisi semua dia tutup. dia kan penakot.

scary kan? kat dalam video ni , kalau dekat kamera , babak last , boleh nampak ada makhluk muka scary gilaaa. tapi bila masok dalam pc , tak nampak. hanya siapa yang ada masa tu je dapat pengalaman ini. takot tapi best.

Sunday, February 15, 2009

performasi shy bersama kak fynn di AKAR.



ini video dari video camera kak fynn.
nampak tak encik shy'rul afneyzam kat belakang sana tu?
haaaaaaa. dia dengan otam tu. haha
rockstar dah shy. untunglahhhhhh.
HAHAHA

Wednesday, February 4, 2009

freestyle versi satu.

ini mereka kanak kanak riang tiada kerja di waktu lapang. lokasi bertempat di hadapan adam western , nilai.



terima kasih sang pemetik gitar , nadjmee. sang rapper , miraj. sang jurukamera , alip. sang penyibuk , moja. sang penyanyi chorus , shy. dan juga sang pemuisi merepek gila , elmi.

Wednesday, January 28, 2009

episod lima : nilai !!


part satu : nilai tiga.


part dua : nilai square


part tiga : fynn jamal bercerita tentang kedainya , 
Adam Western yang terletak di Nilai.


part empat : fynn jamal bercerita tentang kehidupan beliau di Nilai. 
dan puisi ekslusif beliau untuk CAMNI CAP EHH!!

terima kasih yang teramat kepada kak fynn kerana memberi tunjuk ajar 
dan kerjasama yang best gila ! 
kak fynn memang terbaikkkk !

*puisi dipotong kerana ingin membiarkan kak fynn 
yang upload video tersebut. tidak mahu ada
dua video di youtube nanti. :)

kopi dangdut !

ini video performasi shy dengan group acapella beliau.
layan saja.


Wednesday, January 21, 2009

Puisi Bapok.

ohh sudah lama tidak berjumpa. ini merupakan video pada ketika budak budak camni cap ehh tiada kerja dan melepak lepak buat kerja bodoh.

maka terciptalah...

Puisi Bapok

 

terima kasih kepada :
jurukamera - miraj
suara latar - kerry

Tuesday, January 6, 2009

season satu tamat.

harap maaf. season satu sampai setakat ini sahaja. ini kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh kamera pertama kami. video di rantai dan di pc fair klcc banyak yang hilang. kalau tidak itu merupakan final episod season satu CAMNI CAP EHH !! tapi nak buat macam mana.

tapi jangan risau. kami akan kembali untuk season kedua CAMNI CAP EHH !!

tapi kena tunggu elmi habis belajar dulu. jumpa bulan may nanti ya kawan kawan semua?

tak sabar nak habis belajar ,
elmi.

Thursday, January 1, 2009

episod empat : close up wani ardy dan monolog pantai.



ini dia episod empat. episod dimana kami menyibukkan diri kami dengan wani ardy dan rakan rakan beliau.

wani ardy ternyata seorang yang amat peramah dan tak sombong. begitu juga dengan rakan rakannya. sungguh best.

nantikan kemunculan video video monolog pantai daripada wani ardy.

terima kasih daun keladi.

:)